Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penduduk kondo hadiahkan keperluan harian kepada penghuni rumah peralihan

Dec 12, 2020 | 5:30 AM
TERIMA HABUAN: Seorang penghuni Darul Islal, Encik Ahmad (bukan nama sebenar), menerima kotak hadiah daripada AP GRC West Coast, Cik Rachel Ong, dengan disaksikan pengerusi Interlace Resident Network, Cik Joyce Mehar (kanan). - Foto JAMIYAH SINGAPURA
TERIMA HABUAN: Seorang penghuni Darul Islal, Encik Ahmad (bukan nama sebenar), menerima kotak hadiah daripada AP GRC West Coast, Cik Rachel Ong, dengan disaksikan pengerusi Interlace Resident Network, Cik Joyce Mehar (kanan). - Foto JAMIYAH SINGAPURA -

SEMPENA musim perayaan akhir tahun ini, Rangkaian Penduduk Interlace, yang mewakili penduduk kondominium Interlace di Alexandra, bekerjasama dengan dua rumah peralihan - Darul Islah dan Breakthrough Mission - untuk memberi hadiah kepada penghuni mereka.

Inisiatif itu sebahagian daripada Projek Sunshine, iaitu satu daya usaha Jawatankuasa Penduduk (RC), Rangkaian Penduduk dan Jawatankuasa Kejiranan Persatuan Rakyat (PA), yang menganjurkan acara amal dan menyebarkan keceriaan kepada golongan memerlukan.

Disebabkan pandemik Covid-19, acara itu ditangguh ke bulan ini.

Untuk meneruskan tradisi tahunan acara amal itu, Jawatankuasa Kejiranan Interlace menghadiahkan penghuni Darul Islah dan Breakthrough Mission keperluan harian seperti peralatan mandian, pelitup muka, kasut atau selipar dan perkakas dapur.

Pemberian itu dilakukan tanpa kontak, dengan memasukkan barang-barang tersebut di dalam kotak kasut.

Acara itu diadakan pada 4 Disember dan turut dihadiri Anggota Parlimen GRC West Coast (Telok Blangah), Cik Rachel Ong, sebagai tetamu terhormat.

"Saya rasa ini adalah satu sikap dan kelakuan sangat baik kerana kita dapat menyumbangkan waktu serta dana untuk membantu.

"Sebab utama kami melakukan ini ialah agar kami dapat menjadi lebih peka dan bertimbang rasa terhadap orang di sekeliling kkami," ujar Cik Ong.

Seorang penghuni Darul Islah, Encik Ahmad (bukan nama sebenar), 46 tahun, berkata beliau berasa sangat gembira dan bersyukur menerima hadiah itu.

"Saya berasa gembira menerima hadiah ini kerana kebetulan hari jadi saya jatuh pada Hari Krismas nanti.

"Pada masa sama, barang yang saya terima ini semuanya saya perlukan. Seolah-olah mereka tahu apa yang saya perlukan," ujar beliau, yang menerima kotak itu buat kali pertama.

Menurut Timbalan Ketua Darul Islah, Encik Zainal Mustapha, tradisi itu bermula pada 2014.

"Inisiatif ini adalah satu kerjasama penting dengan rakan kerja kami kerana kami dapat lihat bahawa mereka ingin membantu dan menyokong penghuni kami," kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg