Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penduduk Pasir Ris-Punggol kayuh basikal selepas tarawih

Apr 10, 2023 | 5:30 AM
DEMI KESIHATAN: Encik Sharael (kiri) melancarkan Ramadan Rides melibatkan sekitar 150 peserta. - Foto M3@PASIR RIS-PUNGGOL
DEMI KESIHATAN: Encik Sharael (kiri) melancarkan Ramadan Rides melibatkan sekitar 150 peserta. - Foto M3@PASIR RIS-PUNGGOL -

LEBIH 150 penduduk pelbagai bangsa dan lapisan usia telah sama-sama mengayuh basikal meliputi jarak sejauh 20 kilometer sepanjang Pasir Ris Punggol, sebagai sebahagian daripada acara Ramadan Ride yang berlangsung pada lewat malam Sabtu dan berakhir awal pagi Ahad.

Acara anjuran M3@Pasir Ris-Punggol, itu antara lain bertujuan menyokong kempen SG Lebih Sihat dan menggalak masyarakat Melayu/Islam agar mencapai gaya hidup sihat semasa Ramadan.

Acara berbasikal yang masuk tahun kedua itu juga bertujuan menarik mereka yang berminat berbasikal dan tinggal di sepanjang koridor timur laut dan berkongsi minat yang bersama.

Di samping itu, ia juga bagi menggalak ikatan kemasyarakatan antara penduduk Pasir Ris-Punggol daripada semua lapisan usia dan bangsa menerusi kegiatan berbasikal ini.

Lebih menarik lagi, acara tersebut menyaksikan penyertaan mereka yang berusia semuda tujuh tahun hingga 72 tahun.

Ia turut disertai Menteri Negara (Pejabat Perdana Menteri), Encik Desmond Tan, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, dan penasihat akar umbi Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha.

Semasa dihubungi, Encik Sharael berkata respons yang diterima semasa acara berlangsung amat positif dengan sesetengah mereka menyambung untuk terus bersahur sama selepas acara.

"Tahun ini kami mulakan acara ini sekitar 10.30 malam bagi memberi peluang kepada masyarakat Muslim masa selepas menunaikan solat tarawih.

"Dan sepanjang perjalanan, saya perhatikan rata-rata mereka sempat berhenti untuk bergambar dan beramah-tamah antara satu sama lain - menandakan ikatan kukuh masyarakat penduduk di kawasan ini," jelasnya.

Acara itu, tambahnya, turut memberi tumpuan kepada Saham Kesihatan yang merupakan satu inisiatif kesihatan untuk menggalak masyarakat Melayu/Islam mengamalkan gaya hidup sihat.

Salah seorang peserta yang juga pengerusi M3@Pasir Ris-Punggol, Encik Azuan Tan, berkata acara tersebut juga melambangkan semangat Ramadan yang menyatukan masyarakat bagi merai kepelbagaian serta mengukuhkan ikatan silaturahim.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg