Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penduduk Punggol hidupkan malam Ramadan berjemaah

Mar 23, 2023 | 5:30 AM
- Foto fail
- Foto fail -

KENANGAN TARAWIH: Sebelum Masjid Al-Islah di Punggol dibina pada 2015, ramai penduduk Islam di kawasan itu telah menunaikan solat tarawih Ramadan beramai-ramai di atas tapak yang sama. Penduduk telah membangunkan khemah di kawasan lapang tapak itu, dikelilingi pagar besi yang terletak di persimpangan Punggol Field dan Punggol Place. Ratusan jemaah memenuhi khemah di sebelah Blok 208C Punggol Place yang akan menjalani solat isyak dan tarawih sepanjang Ramadan. Khemah itu boleh menampung sekitar 1,000 orang. Gambar di kiri dipetik pada 9 Julai 2013, semasa solat tarawih pada Ramadan. Ketika Masjid Al-Islah siap dibina pada 2015, ia menyediakan ruang solat untuk penduduk Punggol yang jumlahnya semakin meningkat kerana pembangunan estet perumahan kawasan itu semakin rancak dan lebih ramai orang Islam kini tinggal di kawasan tersebut. Sebelum solat tarawih dianjurkan di khemah sedemikian, tarawih telah dilaksanakan di dewan serba guna namun ia hanya dapat menampung sekitar 300 jemaah. Kos mendirikan khemah sebesar itu berjumlah sekitar $40,000 dan pada masa itu telah ditaja beberapa penduduk, termasuk kemudahan dan peralatan lain seperti sistem audio.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg