Penduduk S'pura 5.61 juta, jumlah penduduk bukan rakyat berkurangan
Premium
Penduduk S'pura 5.61 juta, jumlah penduduk bukan rakyat berkurangan
Sep 28, 2017 | 5:30 AM

-
JUMLAH penduduk di Singapura tidak banyak berubah dari 2016 hingga 2017, dengan jumlahnya kekal stabil pada 5.61 juta sehingga Jun lalu, berbanding 5.6 juta pada tahun sebelumnya.
Sementara itu, jumlah bayi yang dilahirkan warga Singapura tahun lalu juga lebih rendah berbanding 2015, walaupun jumlahnya lebih tinggi berbanding purata bagi 10 tahun lalu, kata Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional (NPTD) dalam laporan tahunan Penduduk Secara Ringkas atau Population in Brief.

