Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penerbangan pertama tiba di Terminal 2 baru Lapangan Terbang Changi

May 30, 2022 | 5:30 AM
DURIAN RUNTUH: Ketua Pegawai Eksekutif Sheng Siong Lim Hock Chee menyerahkan cek bernilai $30,000 kepada Cik Sumaiya Abdullah. Cik Sumaiya membelanjakan $150 dan mengisi lima borang cabutan bertuah. - Foto SHENG SIONG
DURIAN RUNTUH: Ketua Pegawai Eksekutif Sheng Siong Lim Hock Chee menyerahkan cek bernilai $30,000 kepada Cik Sumaiya Abdullah. Cik Sumaiya membelanjakan $150 dan mengisi lima borang cabutan bertuah. - Foto SHENG SIONG -

TERMINAL 2 (T2) Lapangan Terbang Changi yang baru diubah suai menerima ketibaan penerbangan pertamanya awal pagi semalam.

Penumpang penerbangan Singapore Airlines, SQ327, dari Munich mendarat pada 7.12 pagi semalam dan menyambut baik susun atur terminal yang diubah suai itu dan pelepasan imigresen automatik yang pantas.

T2 telah ditutup pada Mei 2020 untuk diubah suai dan dibuka semula kepada penumpang semalam.

Salah seorang penumpang yang ditemui ialah Encik Kaushik Mohan, yang pulang ke Singapura daripada lawatan lima hari ke Munich, Jerman.

Beliau, 38 tahun, yang bekerja sebagai pelabur ekuiti swasta, berkata:

"Saya tidak perlu menunggu apa-apa... (dan) terdapat mesin imigresen automatik baru."

Terdapat sejumlah 34 lorong imigresen automatik, kata Changi Airport Group (CAG).

Lorong-lorong ini boleh digunakan warga Singapura dan penduduk yang telah mendaftar biometrik iris dan muka mereka dengan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), serta pelawat asing yang layak.

Lagi 12 lorong dikendalikan pegawai ICA.

Daripada 34 lorong automatik, enam adalah lorong bantuan khas yang lebih luas untuk menampung penumpang dengan bantuan mobiliti dan keluarga besar.

Bagaimanapun, hanya 16 lorong automatik, tiga lorong bantuan khas dan enam kaunter berpegawai akan digunakan buat masa ini, kata CAG, lapor The Straits Times.

Sebelum pengubahsuaian, hanya terdapat lapan lorong automatik dan 16 kaunter di dewan yang sama.

Semalam menandakan fasa pertama pembukaan semula T2, dengan imigresen ketibaan, tempat mengambil bagasi dan pintu sesentuh di sayap selatan sedia untuk operasi penerbangan.

Bahagian dewan ketibaan imigresen lain serta dewan pelepasan masih menjalani pengubahsuaian.

Kerja-kerja peluasan T2 dijangka siap sepenuhnya menjelang 2024.

Terminal itu akan menampung penerbangan ketibaan waktu sibuk penerbangan yang beroperasi di Terminal 3 (T3).

Sebilangan kecil penerbangan yang berlepas dari T3 boleh menggunakan pintu masuk di T2, walaupun penumpang dalam penerbangan ini akan melakukan 'check-in' dan menjalani pemeriksaan berlepas imigresen di T3.

Kedai-kedai bebas cukai di dewan ketibaan juga masih menjalani kerja-kerja ubah suai.

Pun begitu, kakitangan lapangan terbang dilihat membawa masuk barangan jualan ke kiosk sementara yang menjual barang bebas cukai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg