Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penerbangan Scoot dari Gold Coast ke Singapura dilencong selepas penumpang bertumbuk

Jan 22, 2019 | 4:59 PM
DILENCONG: Penerbangan Scoot dari Gold Coast ke Singapura telah dilencongkan selepas penumpangnya bertumbuk.
DILENCONG: Penerbangan Scoot dari Gold Coast ke Singapura telah dilencongkan selepas penumpangnya bertumbuk. - Foto FACEBOOK/7 NEWS

SATU penerbangan Scoot dari Gold Coast ke Singapura telah dilencongkan ke Lapangan Terbang Sydney akibat gangguan yang disebabkan seorang penumpang semalam (21 Januari).

Penerbangan TR7 itu dijadual tiba di Singapura pada 3.15 petang semalam namun dilencongkan sekitar sejam setengah selepas ia berlepas dari Gold Coast.

Menerusi satu kenyataan, Scoot berkata seorang penumpang warga Australia telah menumbuk seorang lagi penumpang.

Anak kapal dan beberapa penumpang lain cuba memisahkan dua lelaki itu.

Akhirnya, penumpang itu berjaya ditahan dengan bantuan lima penumpang, menurut syarikat penerbangan itu.

Setibanya di Sydney, penumpang yang menyebabkan kekacauan itu diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, penumpang yang ditumbuknya pula dilaporkan tidak memerlukan rawatan perubatan.

Kesemua penumpang yang terjejas dipindahkan ke penerbangan lain menuju ke Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg