Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penerbangan SIA dari Paris ke Singapura dilencongkan akibat masalah teknikal

Sep 9, 2022 | 6:05 PM
MASALAH TEKNIKAL: Penerbangan SIA yang meninggalkan Paris pada 11.20 malam Khamis dan sepatutnya tiba di Singapura pada 5.30 petang tadi telah dilencongkan ke Azerbaijan selepas ia mengalami masalah teknikal.
MASALAH TEKNIKAL: Penerbangan SIA yang meninggalkan Paris pada 11.20 malam Khamis dan sepatutnya tiba di Singapura pada 5.30 petang tadi telah dilencongkan ke Azerbaijan selepas ia mengalami masalah teknikal. - - Foto LIM YAOHUI

SEBUAH penerbangan Singapore Airlines (SIA) dari Paris ke Singapura telah dilencongkan ke Azerbaijan selepas ia mengalami masalah teknikal.

Menurut laman pengesanan penerbangan Flightradar, pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Paris pada 11.20 malam Khamis dan sepatutnya tiba di Singapura pada 5.30 petang tadi (9 September).

Sebuah laman web berita dalam talian Azerbaijan melaporkan bahawa pesawat itu melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Baku Heydar Aliyev pada 6.26 pagi waktu tempatan (10.26 pagi waktu Singapura).

Flightradar menunjukkan bahawa pesawat itu masih berada di lapangan terbang di ibu kota Azerbaijan petang tadi.

Tidak diketahui dengan pasti berapa ramai penumpang dan anak kapal menaiki pesawat itu, tetapi difahamkan penumpang dalam pesawat itu masih belum turun.

Mac lalu, penerbangan SIA dari London ke Singapura berpatah balik sejurus selepas berangkat disebabkan "getaran" pada salah satu enjin Boeing 777-300ERnya.

Terdapat sejumlah 225 penumpang dan 18 anak kapal di dalam penerbangan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg