Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenerbit Mediacorp tuduh rakan kerja aju kata seksis

Penerbit Mediacorp tuduh rakan kerja aju kata seksis
PENYIAR media setempat Mediacorp sedang menyiasat dakwaan seorang penerbit yang berkata kata-kata yang kurang menyenangkan diucapkan kepadanya pada Selasa (3 Oktober).
Cik Park Juwon mendakwa seorang rakan sekerja lelaki merujuk kepada sebuah anggota tubuhnya sebagai sebab beliau tidak boleh menjadi penyampai di depan kamera.
Difahami, rakan sekerja itu memberitahunya 'perempuan tidak seharusnya bersikap terlalu bijak bagi kebaikan mereka sendiri' dan beliau perlu 'berlakon bebal'.
Lantaran itu, Cik Park, penerbit program Money Mind di Channel NewsAsia memuat naik ke laman Facebook pertukaran mesej di WhatsApp dengan rakan sekerjanya itu berkenaan perkara ini.
Di WhatsApp, Cik Park berkata:
"Saya jangka kebanyakan orang akan mendapati kata-kata anda seksis, memperkecil-kecilkan (orang) dan dibenci.
"Anda boleh berkata mereka semua gurauan, tetapi ia sebenarnya hinaan kepada semua kerja keras yang telah saya usahakan selama ini."
Menjawab, rakan sekerja itu berkata komen beliau 'dimaksud sebagai gurauan' dan ia 'cara industri ini berfungsi'.
Rakan sekerja itu juga memohon maaf sejumah dua kali, dan menambah:
"Ia sekadar perbualan industri bagi pihak saya. Saya tidak sengaja bersikap kurang ajar atau seksis."
Cik Park telah memadamkan terbitanya itu, yang berjudul 'Sexism in 2017'.
Dalam satu pos susulan di FB, Cik Park berkata insiden itu bukan insiden tunggal dan apabila beliau berkongsi keprihatinan dengan pekerja perempuan dan lelaki, beliau diberitahu supaya 'menyesuaikan diri' dengan perkara ini.
Menyingkap insiden itu semasa bercakap dengan akhbar The New Paper Rabu lalu, Cik Park berkata beliau sedang berdiri di depan lampu yang begitu terang, dan berkata bahawa beliau berasa seolah-olah seperti seorang penyampai.
Lantaran itu, rakan sekerjanya merujuk kepada anggota tubuhnya dan beliau memberitahu rakan sekerja itu bahawa beliau sedang bersikap seksis.
Menerangkan mengapa beliau memuat naik perbualan di WhatsApp ke Facebook, Cik Park berkata beliau berbuat demikian untuk membela kerjanya.
Menjawab pertanyaan TNP, jurucakap MediaCorp berkata Cik Park memberitahu penyelia beliau tentang insiden itu Rabu lalu. Penyelia itu meminta supaya Cik Park memberikan butiran lengkap bagi membantu dalam siasatan.
"Mediacorp tidak membiarkan seksisme di tempat kerja. Kami menganggap serius perkara ini dan akan menyiasat," ujar jurucakap itu, yang berkata tiada aduan diterima tentang rakan sekerja Cik Park sebelum ini.
Tambah jurucakap ini, MediaCorp akan bertemu Cik Park selepas beliau pulang dari cuti Isnin (9 Oktober) dan menyiasat lebih lanjut sebelum mengambil tindakan.
Seorang jurucakap Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil (Tafep) memberitahu TNP bahawa diskriminasi di tempat kerja tidak boleh dibiarkan.
Kata beliau: Apabila berlaku insiden di mana komen seksis diutarakan atau gangguan seksual berlaku, pekerja perlu melaporkan perkata itu kepada pengurusan atau jabatan sumber manusia (HR) menerusi prosedur menangani rasa tidak puas hati pekerja yang sedia ada.
"Jika serius, pekerja juga boleh membuat laporan polis, di bawah Akta Melindungi daripada Gangguan (POHA).
Pakar HR Paul Heng menekankan kepentingan membuat laporan.
Pengarah pengurusan Kumpulan Konsultan Kerjaya NeXT itu berkata pekerja tidak seharusya 'meleapaskan rakan sekerja yang mengucapkan kata-kata sedemikian. "
Ketua Advokasi dan Penyelidikan Persatan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (Aware) Cik Jolene Tan berkata pekerja perlu memain peranan untuk menangani gangguan serupa di tempat kerja.