Premium
Penerima Biasiswa MHA dapat inspirasi dari ibu bapa
Tidak kira usia dan sambil menempuhi cabaran pandemik Covid-19, semangat untuk berbakti kepada masyarakat mendorong mereka untuk terus mendaki tangga pendidikan. Dengan peluang itu, dua individu penerima biasiswa perkhidmatan awam diberi kesempatan untuk memperluas pengetahuan dan kemahiran mereka agar dapat menyumbang kepada negara. BERITA HARIAN mewawancara dua penerima biasawa itu untuk mengetahui lebih dekat lagi mengenai aspirasi dan inspirasi masing-masing.
Aug 12, 2020 | 5:30 AM
BERSYUKUR: Staf Sarjan Kanan Hizami Mohamed Rafi bersyukur diberi peluang melanjutkan pelajaran sebagai penerima Biasiswa MHA dan pada masa yang sama, menjaga ibunya yang ditimpa angin ahmar dan barah, sepanjang tempoh belajar dari rumah akibat pandemik Covid-19 ini. - Foto SPF -
IBU bapa menjadi inspirasi yang mendorongnya melanjutkan pengajian, lebih-lebih lagi niatnya untuk berbakti kepada ibu yang ditimpa penyakit angin ahmar dan barah tiga tahun lalu.
Kini penerima Biasiswa Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Staf Sarjan Kanan (SSGT) Hizami Mohamed Rafi, berkata peluang menggengam biasiswa itu merupakan satu penghargaan untuk membanggakan orang tuanya, terutama ibu yang telah banyak mempengaruhinya untuk menjadi seorang pegawai polis.


