PENGAGIHAN alat jejak kontak TraceTogether (TT) akan diperluaskan secara bertahap ke sekitar 100 kawasan di serata Singapura menerusi stesen pengagihan bergerak di pusat beli-belah dan kelab masyarakat.
Sehingga kini, lebih 100,000 alat TT itu telah diagih sejak program pengagihan serata negara itu dilancarkan di 20 kelab masyarakat di kawasan Jalan Besar dan Tanjong Pagar sejak 14 September lalu, menurut Kumpulan Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGG) semalam.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg