Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pengalaman dalam kampung Pulau Ubin beri gambaran kehidupan lampau datuk nenek

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengalaman dalam kampung Pulau Ubin beri gambaran kehidupan lampau datuk nenek

Dec 20, 2023 | 06:10 PM



Rasa tenang menyelubungi jiwa Encik Nor Syazwan Abdul Majid tatkala beliau mengambil wudhu sebagai persiapan melaksanakan solat subuh.

Apa tidaknya, bukan selalu anak bongsu dalam kalangan tiga beradik berusia 27 tahun itu dapat mengambil wudhu menggunakan air perigi.

Dalam video yang dimuat naik di akaun Tiktok beliau pada 14 Disember, beliau merakamkan pengalaman mengambil wudhu dan kemudian bersolat subuh dalam kampung di Pulau Ubin.




@wansubinjournal

This is how Kampung Sungei Durian on Pulau Ubin is like at dawn! I performed my Fajr prayers in the ambience of a rumbling diesel generator and chirping cicadas and it was such a humbling experience.

♬ original sound - Syazwan - Syazwan



Berkongsi kepada Berita Harian (BH), Encik Syazwan menjelaskan pengalaman tersebut tidak dapat diraih di tanah besar Singapura.


Beliau berkata ia adalah kali pertama beliau bermalam di rumah kampung sedemikian setelah diundang untuk menginap di salah sebuah rumah Kampung Sungei Durian, Pulau Ubin, dari 13 hingga 14 Disember bersama dengan dua lagi kenalannya.

Rumah tersebut – dimiliki salah seorang penduduk yang dikenali sebagai Encik Rahim – merupakan antara sebilangan rumah kampung yang masih berdiri dan berpenghuni di Pulau Ubin.

BH cuba menghubungi pemilik rumah itu tetapi beliau enggan ditemu ramah.

“Kalau tak silap waktu itu sekitar 5 pagi. Saya menimba air di perigi dengan melontarkan baldi ke dalam untuk mengambil air dan apabila saya terkena air, ia sangat sejuk,” katanya.







Penuntut ijazah Sarjana Muda tahun ketiga dalam kerja sosial dan sosiologi di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) itu menambah ia suatu pengalaman merendah hati kerana sedikit sebanyak, ia menggambarkan kehidupan datuk dan nenek beliau, yang katanya juga merupakan bekas penduduk kampung di Pulau Ubin.

Mentelah rumah yang didiaminya merupakan rumah panggung – iaitu rumah dibina di atas tiang-tiang bagi mengelakkan kemasukan haiwan liar dan banjir – jadi apabila beliau sujud, rumah itu akan bergegar katanya.

“Bunyi cengkerik, penjana disel yang menghasilkan elektrik memecah keheningan malam dan saya dikelilingi struktur yand diperbuat daripada kayu

“Ia memberi bayangan terhadap cara orang-orang dahulu (yang tinggal di kampung) memulakan hari mereka,” ujar beliau.

Encik Syazwan turut berkongsi beliau berpeluang melakukan aktiviti menjala – iaitu kaedah menangkap ikan menggunakan jala – buat kali pertama pada 13 Disember.

Beliau menjelaskan apa yang menarik baginya adalah teknik menjala dipelajarinya menerusi salah seorang individu yang berusia lebih muda daripadanya.

“Saya bangga melihat warisan (menjala) diteruskan oleh si anak setelah beliau pelajari daripada ayahnya,” kata beliau.

Encik Syazwan, yang juga Pengasas ‘Wan’s Ubin Journal’ (Jurnal Ubin Wan) untuk mendokumentasikan asal usulnya dan warisan masyarakat Orang Pulau di Pulau Ubin, menjelaskan beliau sedang dalam perancangan menubuhkan “ruang warisan aktif” agar bengkel atau perkongsian bersangkutan pulau itu dapat dikongsi kepada masyarakat awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >