Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengalaman dulu gamit nostalgia buat Norsiah

Oct 16, 2016 | 5:30 AM
BAWA KENANGAN MANIS: Panggung Victoria mengingatkan pelakon veteran Norsiah Hamid akan kenangan berlakon dalam watak utama pertamanya dalam pementasan. - Foto-foto SITI AISYAH NORDIN
BAWA KENANGAN MANIS: Panggung Victoria mengingatkan pelakon veteran Norsiah Hamid akan kenangan berlakon dalam watak utama pertamanya dalam pementasan. - Foto-foto SITI AISYAH NORDIN -

MASIH jelas di ingatan pelakon veteran Norsiah Hamid kesejukan yang dirasakan setelah 'dimandikan' dengan air batu secara tiba-tiba semasa berlakon dalam pementasan berjudul Ribut pada 1976.

"Dalam adegan itu, konon- kononnya saya menggigil kerana sudah berdiri lama dalam hujan menunggu tuan rumah untuk membuka pintu.

"Tapi saya langsung tidak menyangka untuk membuat adegan tersebut realistik, mereka telah menyiram saya dengan air batu betul-betul," katanya sambil tertawa.

Pementasan Ribut itu juga amat bermakna bagi pelakon tersebut kerana ia merupakan kali pertama beliau memegang watak utama dalam sebuah pementasan.

Walau masih boleh dikatakan kurang berpengalaman pada usia 25 tahun ketika itu, pelakon Norsiah yang kini berusia 65 tahun tidak menjadikan perkara ini penghalang beliau memegang watak seorang wanita tua yang berusia 60 tahun dengan begitu baik.

Watak pembantu rumah kepada seorang wanita kaya dalam pementasan itu telah diberikan kepada beliau setelah pelakon yang sebenarnya memegang watak itu menarik diri.

"Pelakon yang memegang watak itu sebelum saya memang lebih tua, tapi semasa uji bakat itu mereka berkata bahawa saya boleh memegang watak orang tua.

"Jadi saya kena make-up untuk nampak tua," katanya mengingati kembali peristiwa tersebut.

Norsiah berkata bahawa melalui pementasan itu, bakat beliau dikenal pasti dan beliau telah menerima lebih banyak tawaran berlakon selepas itu.

"Dahulu kebanyakan bakat berlakon dicari dan diambil melalui pementasan teater, oleh itu, kami tahu yang di kalangan penonton pementasan itu biasanya ada beberapa pengarah," ujar beliau.

Norsiah mendapat pendedahan kepada dunia seni lakonan melalui abangnya, seorang pengarah dan penulis skrip pada masa itu, seawal usianya 12 tahun.

"Beliau sering membawa saya berlakon secara kecil-kecilan.

"Ahli keluarga saya yang lain tidak suka saya berlakon, tapi disebabkan minat saya dan juga galakan yang dberikan oleh abang, saya terus bergiat sampai sekarang," katanya.

Pada 5 November ini, Norsiah dan beberapa pelakon veteran yang lain akan kembali ke Panggung Victoria sempena Pesta Penulis Singapura ke-19 untuk menjayakan pementasan Malam Lawak Sastera.

TIKET MALAM LAWAK SASTERA

Harga: Pelajar (tempatan dan luar negara) $15, Dewasa $30

Melalui kaunter atau hotline Sistic 6348-5555

Dalam talian: Singapore Writers Festival 2016

SWF STAGE: MALAM LAWAK SASTERA (LITERARY COMEDY NIGHT)

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg