MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, menyifatkan kunjungan terkini beliau ke Jordan dan Mesir sebagai pengalaman yang bernilai kerana ia bakal membantu Singapura dalam usaha menubuhkan kolej Islam yang tersendiri.

Dr Yaacob berkata demikian di laman Facebook di akhir lawatan rasmi beliau ke kedua-dua negara itu.