Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengalaman tinggal di Batam dorong tawar khidmat bawa pulang jenazah

Jun 25, 2023 | 5:30 AM
INGIN BANTU MASYARAKAT: Encik Muhamad Akbar Jalit menubuhkan syarikat Md Akbar International Batam sekitar setahun lalu demi membantu warga Singapura yang menghadapi situasi di mana ada ahli keluarga yang meninggal dunia di Batam atau kepulauan Riau lain. Syarikatnya membantu menguruskan jenazah dan kemudian menghantar jenazah kembali ke Singapura melalui bot laju.
INGIN BANTU MASYARAKAT: Encik Muhamad Akbar Jalit menubuhkan syarikat Md Akbar International Batam sekitar setahun lalu demi membantu warga Singapura yang menghadapi situasi di mana ada ahli keluarga yang meninggal dunia di Batam atau kepulauan Riau lain. Syarikatnya membantu menguruskan jenazah dan kemudian menghantar jenazah kembali ke Singapura melalui bot laju. - Foto BM oleh FAKHRURADZI ISMAIL

Meninggal dunia secara mendadak dan mengejutkan tatkala sedang bercuti di luar negara adalah satu situasi luar jangkaan yang tidak ingin dilalui sesiapa pun.

Namun hakikatnya, keadaan malang seperti ini boleh terjadi, yang mengakibatkan rasa risau dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan tentang apa yang harus dilakukan untuk menguruskan jenazah.

Hal sedemikian telah disaksikan Encik Muhamad Akbar Jalit, seorang warga Singapura yang sudah lebih sedekad menetap di pulau Batam, sehingga ia mendorong beliau untuk memulakan perniagaan penghantaran pulang jenazah sejak setahun lalu demi membantu warga Singapura yang menghadapi keadaan luar dugaan sedemikian.

Dipanggil Md Akbar International Batam, syarikat itu membantu menguruskan jenazah, termasuk mandi dan kapan bagi orang Islam, dan kemudian menghantar jenazah kembali ke Singapura melalui bot laju.

Syarikatnya telah membelanjakan ribuan dolar untuk mereka bentuk dan membina bot laju itu, dan mereka telah membantu mengendalikan sekitar 20 jenazah sejak perniagaan itu dimulakan.

“Apabila berlaku kematian di luar negara, keluarga akan rasa risau fikirkan tentang bagaimana prosesnya. Ini kerana prosesnya agak lama dan melibatkan hospital, kedutaan, imigresen dan kastam Singapura dan luar negara.

“Tetapi alhamdulillah, apabila mereka mendapatkan khidmat kami, kami akan berusaha untuk memenuhi keperluan mereka sebaik mungkin,” kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg