Isu peralihan kepimpinan dan pemilihan perdana menteri seterusnya sekali lagi menjadi fokus apabila kumpulan 16 menteri kabinet dan pemegang jawatan politik lebih muda mengeluarkan kenyataan bahawa pasukan itu akan memilih seorang pemimpin dalam tempoh masa yang baik. Mereka juga menekankan bahawa dalam isu tersebut, mereka bekerjasama sebagai sebuah pasukan. BERITA MINGGU menghubungi beberapa pengamat politik bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai perkembangan isu tersebut. Laporan oleh ROSEBI MOHD SAH (rosebi@sph.com.sg), NIZAM ISMAIL (nizam@sph.com.sg), ISMAIL ALI (ismail@sph.com.sg) dan ADLI YASHIR KUCHIT (adli@sph.com.sg). Beberapa ciri perlu ada untuk sandang jawatan Perlu dicuba selaku timbalan

​KENYATAAN bersama yang dikeluarkan 16 menteri kabinet dan pemegang jawatan politik, yang disebut sebagai pemimpin generasi keempat (4G) Singapura, berhubung isu pemilihan perdana menteri seterusnya kelmarin, memaparkan dua perkara sangat penting.