Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengambilalihan Credit Suisse tidak jejas inflasi S'pura

Mar 21, 2023 | 5:30 AM
INFLASI: Pengambilalihan Credit Suisse oleh UBS, tidak akan beri implikasi langsung kepada laluan inflasi jangka panjang di Singapura. - Foto AFP
INFLASI: Pengambilalihan Credit Suisse oleh UBS, tidak akan beri implikasi langsung kepada laluan inflasi jangka panjang di Singapura. - Foto AFP -

PERKEMBANGAN dalam industri perbankan antarabangsa baru-baru ini, seperti pengumuman pengambilalihan Credit Suisse oleh pesaing UBS, tidak akan memberi implikasi langsung kepada laluan inflasi jangka panjang di Singapura.

Menjawab soalan di Parlimen pada Isnin oleh Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh Encik Saktiandi Supaat, Menteri Negara (Perdagangan dan Industri) Encik Alvin Tan berkata laluan itu bergantung kepada faktor struktur jangka panjang, dan bukannya kejutan jangka pendek.

Faktor jangka panjang termasuk demografi, kemajuan teknologi yang memberi kesan kepada produktiviti, serta trend masa depan dan globalisasi yang mempengaruhi Kadar Tukaran Efektif Nominal Dolar Singapura (S$NEER), kata Encik Tan.

Encik Saktiandi telah bertanya tentang kekerapan MAS dan pemerintah untuk menilai anggaran inflasi jangka panjang, serta kesan perkembangan global terkini dalam kewangan terhadap inflasi dan sektor kewangan Singapura.

Berhubung dengan pengumuman pengambilalihan Credit Suisse oleh UBS, Encik Tan berkata bahawa Credit Suisse akan terus beroperasi di Singapura tanpa gangguan atau sekatan.

"Pelanggan Credit Suisse akan terus mempunyai akses penuh ke akaun mereka dan kontrak Credit Suisse dengan rakan niaga kekal berkuat kuasa. Pengambilalihan itu dijangka tidak memberi kesan kepada kestabilan sistem perbankan Singapura."

Beliau berkata bahawa sistem perbankan Singapura kekal kukuh dan berdaya tahan kerana pasaran wang Dolar Singapura dan pasaran pertukaran asing terus berfungsi dengan baik.

Bank-bank di Singapura mempunyai permodalan yang baik dan menjalankan ujian tekanan tetap terhadap risiko kredit dan risiko lain, kata Encik Tan.

"Kedudukan kemudahan tunai mereka sihat, disokong oleh asas pembiayaan yang stabil dan pelbagai," tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg