Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengangkutan alternatif bagi penumpang MRT di Joo Koon

Nov 17, 2017 | 6:27 PM
-

RAMAI penumpang terpaksa bergantung kepada pengangkutan alternatif untuk pergi ke tempat kerja di hujung barat Singapura, ekoran perkhidmatan kereta api digantung antara stesen MRT Joo Koon dengan Tuas Link.

Perkhidmatan telah digantung sedang pihak berkuasa meneruskan siasatan ke atas kejadian perlanggaran kereta api SMRT di Joo Koon, yang menyebabkan 36 orang cedera, Rabu lalu.

Meskipun bas percuma disediakan untuk mengambil penumpang dari Joo Koon ke stesen-stesen di kawasan perusahaan Tuas, ramai penumpang memberitahu The Straits Times semalam bahawa syarikat-syarikat mereka menyediakan pengangkutan sebagai pengganti.

Jurutera Tsai Yu Ta, 36 tahun, berkata bahawa van syarikatnya akan mengambil beliau dan rakan-rakannya dari Joo Koon dan bukannya Tuas Link.

Menurut beliau, pengurus syarikatnya memahami masalah yang dihadapi oleh para pekerja.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg