Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penganjur lumba haram didakwa di bawah Peraturan Penyakit Berjangkit

Apr 9, 2020 | 4:41 PM
Yeo Jing Cheng dikatakan menganjurkan acara itu di East Coast Park sekitar 11 malam pada 28 Mac lalu.
Yeo Jing Cheng dikatakan menganjurkan acara itu di East Coast Park sekitar 11 malam pada 28 Mac lalu. - WONG KWAI CHOW

SEORANG lelaki yang dikatakan menganjur perlumbaan haram melibatkan lebih 50 kenderaan didakwa Khamis (9 April) dengan satu kesalahan di bawah Peraturan Penyakit Berjangkit (Langkah Mengekang Penularan Covid-19), dan bukannya Akta Lalu Lintas Jalan Raya. Yeo Jing Cheng, 30 tahun, dituduh menganjurkan perlumbaan itu di Tuas bulan lalu walaupun langkah penjarakan sosial telah dilaksanakan bagi membendung wabak koronavirus itu. Seramai 57 pemandu yang hadir di acara itu juga sedang disiasat kerana mengambil bahagian dalam perlumbaan kereta haram itu dan tidak mematuhi langkah jarak selamat, kata polis dalam satu kenyataan pada 4 April. Denda di bawah Peraturan itu adalah lebih tinggi. Jika didapati bersalah, Yeo boleh dipenjara sehingga enam bulan dan didenda sehingga $10,000 bagi setiap tuduhan. Di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya, pesalah kali pertama bagi pelumbaan haram boleh dipenjara sehingga enam bulan dan didenda sehingga $2,000. Pesalah berulang boleh dipenjara sehingga setahun dan didenda antara $2,000 dengan $3,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg