Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penganut agama Buddha sambut Hari Vesak secara hibrid

May 26, 2021 | 9:06 AM
fbcba7e8-57fe-4798-8acb-c1cc43924d9c
- MARK CHEONG

Penganut agama Buddha di Singapura menyambut Hari Vesak pada Rabu (26 Mei) dengan di alam maya, tetapi kuil-kuil di sini sedang meneroka cara mereka boleh melibatkan lebih ramai warga emas yang tidak dapat mengikuti kegiatan di dalam talian.

Tahun ini, dengan peraturan diperketat untuk mengekang penularan Covid-19 dalam masyarakat, kegiatan telah dikurangkan dan tiada kegiatan atau perarakan sampingan diadakan.

Namun, beberapa pertubuhan agama tersebut memberitahu The Straits Times (ST) mereka akan meneruskan beberapa upacara utama, seperti memandikan patung Buddha.

Jurucakap kompaun kuil Buddha terbesar di Singapura. Kong Meng San Phor Kark See Monastery di Bright Hill Road berkata tahun ini, sembahyang Hari Vesak akan diadakan secara tertutup dan disiarkan secara langsung menerusi wadah media sosial kuil itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg