Pengarah muzik dari KL gagal dapatkan baki bayaran lepas penganjur konsert tidak muncul
Premium
Pengarah muzik dari KL gagal dapatkan baki bayaran lepas penganjur konsert tidak muncul
Feb 11, 2017 | 5:30 AM
MENAGIH TUNGGAKAN BAYARAN BAK MENUNGGU BUAH TAK JATUH: Dato Mokhzani Ismail yang ditemani isterinya, Dato Tengku Shireen Tengku Suleiman, terbang dari Kuala Lumpur ke Singapura tetapi pulang hampa dengan tangan kosong kerana penganjur konsert menjunjung budi komposer Kassim Masdor yang masih belum melangsaikan baki bayaran $8,200 kepada Okestra RTM, tidak tunjuk batang hidung. - Foto SAINI SALLEH -
KONSERT menjunjung budi komposer ulung, Allahyarham Kassim Masdor atau Pak Kassim, di Dewan Konsert Sekolah Seni Singapura (Sota) telah hampir empat bulan berlalu tetapi bak rumah siap pahat masih berbunyi.
Semakin hari suara-suara sumbang dan tidak semerdu lagu hasil ciptaan Allahyarham, semakin lantang kedengaran terhadap penganjur konsert tersebut.

