Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengarah syarikat didakwa terima rasuah $64,000 daripada 21 pekerja asing

Nov 2, 2017 | 3:34 PM
-

SEORANG Penduduk Tetap (PR) Singapura berusia 35 tahun, Chen Quan, didakwa di Mahkamah Negara atas tuduhan menerima wang sogokan.

Chen, pengarah Hong Lu Engineering Pte Ltd dan pengarah urusan Trusty Aluminium Pte Ltd, menerima lebih $64,000 daripada 21 pekerja asing sebagai syarat mengambil mereka bekerja dengan syarikat itu.

Chen juga didakwa gagal membayar gaji pekerjanya berjumlah lebih $32,000.

Menurut kenyataan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) hari ini (2 Nov), Chen yang didakwa di mahkamah kelmarin menghadapi 21 tuduhan bagi kesalahan berhubung wang sogokan itu di bawah Akta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Asing (EFMA).

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda sehingga $30,000 atau kedua-duanya sekali bagi setiap tuduhan menerima wang sogokan itu.

Bagi kesalahan tidak membayar gaji pekerja, Chen boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga $15,000 atau kedua-duanya sekali bagi setiap tuduhan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg