Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pengarah Urusan SMRT Laluan Thomson-East Coast letak jawatan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengarah Urusan SMRT Laluan Thomson-East Coast letak jawatan

Buru peluang kerjaya di luar negara
Mar 06, 2024 | 06:42 PM



Pengarah Urusan bagi Laluan Thomson-East Coast (TEL) SMRT, Encik Shahrin Abdol Salam, telah meletak jawatan – langkah baginya memenuhi peluang kerjaya di luar negara.

Encik Shahrin, 51 tahun, telah memulakan kerjayanya dengan SMRT sebagai jurutera penyelenggaraan pada 1997.

Mengesahkan tentang langkah yang dibuatnya semasa dihubungi Berita Harian (BH), Encik Shahrin berkongsi tentang keputusan sukar yang dibuatnya demi memulakan langkah baru.


“Saya terharu dapat melihat warga Singapura diiktiraf dan dihargai di luar negara, terutama sekali jika mereka anggota masyarakat Melayu.

“Oleh itu, saya anggap peluang ini sebagai amanah dan tanggungjawab saya untuk menyumbang kembali kepada masyarakat kita.

“Kepakaran dan pengajaran yang akan saya perolehi dari luar negara akan saya gunakan untuk memanfaatkan masyarakat kita,” kata beliau.

“Saya amat gembira semasa bersama SMRT, khususnya selama tempoh empat tahun yang lalu dengan pencapaian TEL,” tambahnya.

TEL melancarkan perkhidmatan peringkat pertamanya pada Januari 2020.

Pada 2012, beliau berlepas ke Amiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menyertai Majlis Perniagaan Singapura UAE dan kemudian, bertugas sebagai pakar kereta api dan penasihat kepada ketua pegawai eksekutif Pihak Berkuasa Jalan dan Pengangkutan Dubai, lapor The Straits Times.


Beliau kembali ke SMRT untuk menjadi naib presiden perancangan kereta api pada 2016, dan dilantik sebagai ketua TEL pada Jun 2022 di mana beliau akan berkhidmat sehingga akhir Mac 2024.

TEL yang berbentuk ‘L’ sepanjang 43 kilometer menghubungkan utara dan timur Singapura dengan 32 stesen, dan dibina secara lima peringkat.

Peringkat keempat yang merangkumi jarak 10.8 kilometer dari Tanjong Rhu ke Bayshore akan dibuka pada 23 Jun.

Veteran dalam sektor kereta api itu, yang telah dinobat sebagai Jauhari Berita Harian 2023, juga merupakan pemimpin akar umbi yang aktif dalam GRC West Coast dan mempengerusikan jawatankuasa pengurusan Kelab Masyarakat Ayer Rajah.

Beliau juga menganggotai lembaga Golongan Kurang Upaya Intelek Singapura.

Presiden SMRT, Encik Lam Sheau Kai, akan mengambil alih jawatan Encik Shahrin “untuk kesinambungan” kerana Encik Shahrin dan pasukannya telah bekerja untuk Encik Lam sejak dua tahun lalu.

“Kami ingin mengalu-alukan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Shahrin atas khidmat dan sumbangan beliau kepada SMRT.

“Selama bertahun-tahun, beliau telah membuat sumbangan besar dan membina ikatan rapat dengan pasukannya,” tambah Encik Lam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >