Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengasuh beri racun kepada dua bayi dipenjara 7 tahun

Dec 8, 2020 | 5:30 AM
- Foto fail
- Foto fail -

SEORANG pengasuh yang meracun dua bayi di bawah penjagaannya dengan pelbagai perubatan, termasuk ubat yang digunakan untuk merawat gangguan kegelisahan dan insomnia, dihukum penjara tujuh tahun semalam.

Setelah perbicaraan lebih awal, Sa'adiah Jamari, 39 tahun (gambar atas), disabit kesalahan oleh Hakim Daerah John Ng atas dua tuduhan memberikan racun kepada kanak-kanak perempuan kecil itu.

Dia, yang sebelum ini merupakan jururawat bebas, melakukan kesalahan tersebut dalam dua kejadian berasingan pada November dan Disember 2016 ke atas kanak-kanak itu yang tiada kaitan antara satu sama lain.

Salah seorang berusia hanya lima bulan pada waktu itu, sementara seorang lagi 11 bulan.

Sa'adiah sedang membuat rayuan terhadap hukuman itu dan dibebaskan dengan ikat jamin $20,000.

Laporan lain:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg