Topik diikuti
Pergi ke BHkuPengawal keselamatan dijel 10 bulan kerana seks bawah umur
Pengawal keselamatan dijel 10 bulan kerana seks bawah umur
Pengawal keselamatan dijel 10 bulan kerana seks bawah umur

-
Aug 31, 2016 | 5:30 AM
SEORANG pengawal keselamatan telah dijatuhi hukuman penjara 10 bulan semalam kerana mengadakan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun yang dikenalinya menerusi talian chatline.
Kamarul Zaman Othman, 49 tahun, mengaku bersalah terhadap satu daripada tiga tuduhan penembusan seksual ke atas budak bawah umur itu dengan persetujuannya di flat remaja tersebut pada 12 Mei tahun lalu.
