Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengecualian bayaran LPA dilanjutkan hingga Mac 2021

May 31, 2020 | 11:29 AM
TEMPOH DILANJUTKAN: Pengecualian bayaran bagi Surat Kuasa Berkekalan (LPA) akan dilanjutkan sehingga 31 Mac 2021, daripada 31 Ogos tahun ini.
TEMPOH DILANJUTKAN: Pengecualian bayaran bagi Surat Kuasa Berkekalan (LPA) akan dilanjutkan sehingga 31 Mac 2021, daripada 31 Ogos tahun ini. - Foto LIANHE ZAOBAO

PENGECUALIAN bayaran bagi warga Singapura yang memohon bagi Surat Kuasa Berkekalan (LPA) akan dilanjutkan sehingga 31 Mac 2021.

Mengumumkan demikian menerusi Facebook beliau pagi tadi (31 Mei), Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim berkata langkah itu diharap dapat memberi warga Singapura, khususnya golongan warga emas, lebih masa untuk memohon bagi LPA itu.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang LPA boleh mengunjungi laman web www.msf.gov.sg/OPG.

Dr Faishal berkata:

"Sesetengah anda mungkin bimbang dan ingin memohon bagi LPA itu sebelum pengecualian bayaran (permohonannya) bagi warga Singapura berakhir pada 31 Ogos 2020.

"Namun, adalah penting setiap orang, khususnya warga emas, terus duduk di rumah seberapa banyak boleh dan meninggalkan rumah mereka hanya bagi kegiatan penting, sedang negara ini melonggarkan sekatan secara bertahap selepas tempoh pemutus rantaian jangkitan berakhir esok."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg