Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengecualian yuran bagi permohonan kuasa berkekalan dilanjut hingga Mac 2026

Mar 29, 2023 | 7:50 PM
ENCIK MASAGOS ZULKIFLI MASAGOS MOHAMAD
ENCIK MASAGOS ZULKIFLI MASAGOS MOHAMAD - Foto fail

RAKYAT Singapura yang mahu melantik seseorang untuk membuat keputusan bagi pihak mereka, sekiranya mereka kehilangan keupayaan mental, boleh berbuat demikian secara percuma sehingga 31 Mac 2026. Mengumumkan demikian dalam satu catatan Facebook pada Rabu, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata pengecualian yuran bagi permohonan Surat Kuasa Berkekalan (LPA) Borang 1 - bayaran $75 buat warga Singapura - telah dilanjutkan lagi sehingga akhir Mac 2026. LPA Borang 1 adalah buat mereka yang ingin memberi penerima kuasa - orang yang boleh membuat keputusan dan bertindak bagi pihak mereka - kuasa am dengan sekatan asas. Lebih 26,000 LPA telah dibuat secara dalam talian dalam tempoh empat bulan sahaja sejak sistem dalam talian Pejabat Penjaga Awam dilancarkan pada November 2022, kata Encik Masagos. "LPA boleh membantu keluarga memenuhi kehendak dan keutamaan penjagaan orang tersayang mereka, dan untuk memberi keluarga ketenangan fikiran... Ahli keluarga lebih muda juga boleh membantu orang tua anda dengan permohonan ini," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg