Topik diikuti
Pergi ke BHku'Muat turun' ilmu pengekodan pada kanak-kanak

PERSIAP ANAK MUDA BAGI NEGARA BIJAK: Cik Asmawati berkata kanak-kanak harus didedahkan kepada ilmu pengekodan dari awal bagi mempersiapkan mereka sejajar dengan seruan Negara Bijak. - Foto JOHARI RAHMAT
Oct 16, 2017 | 5:30 AM
'Muat turun' ilmu pengekodan pada kanak-kanak
SEJAK kecil, Cik Asmawati Othman lebih gemar memilih jurusan yang lebih diceburi kaum Adam. Minat pada pengekodan mendorongnya mengikuti program ijazah sarjana muda bidang teknologi maklumat (IT) di Universiti Teknologi Queensland (QUT), Australia.
Kini, wanita berusia 44 tahun itu aktif menyebarkan kemahiran pengekodan kepada generasi muda. Sebagai ketua firma khidmat pembayaran dalam talian PayPal Unity di Singapura, beliau mengelolakan program mengajar kanak-kanak pengetahuan asas dalam bidang pengekodan secara percuma sejak dua tahun lalu.