Premium
Pengendali bas terbaru mula beroperasi 4 September
Bakal kendali 24 perkhidmatan menjelang 18 September di kawasan Pasir Ris dan Punggol
Aug 5, 2016 | 5:30 AM

SIAP MULAKAN PERKHIDMATAN: Kakitangan bengkel syarikat Go-Ahead memeriksa bas yang bakal dikendalikannya di depoh bas baru di Loyang. - Foto THE STRAITS TIMES -
PENGENDALI bas terbaru Singapura, Go-Ahead, dijangka memulakan operasi pada 4 September, dengan menawarkan perjalanan di kawasan Pasir Ris dan Punggol.
Ia akan melancarkan 13 perkhidmatan bas sebagai permulaan, diikuti dengan 11 lagi laluan pada 18 September, kata syarikat itu dalam satu kenyataan bersama Pihak Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam.

