Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengendali dormitori, Muis dan pemerintah kerjasama bantu pekerja asing Muslim semasa Ramadan

Apr 24, 2020 | 6:10 AM
Encik Zaqy berada di dormitori pekerja asing pada hari pertama Ramadan untuk memberikan makanan sahur kepada pekerja asing.
Encik Zaqy berada di dormitori pekerja asing pada hari pertama Ramadan untuk memberikan makanan sahur kepada pekerja asing. - ARIFFIN JAMAR

PENGENDALI dormitori di bawah Kesatuan Dormitori Singapura Ltd akan bekerjasama secara kerap dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) serta pemerintah untuk menyokong pekerja asing dalam memenuhi keperluan mereka menunaikan ibadah Ramadan.

Ini sedang mereka harus mematuhi larangan pergerakan keluar masuk dormitiri ekoran langkah pemutus rantaian jangkitan yang diperluas dan dilanjutkan hingga 1 Jun.

Kementerian Tenaga Manusa (MOM) dalam satu kenyataan pada Jumaat (24 April) berkata pekerja asing Muslim boleh menunaikan ibadah secara sendirian atau jika mematuhi jarak selamat, dengan jemaah lain dalam bilik sama. Sejadah baru dan keperluan lain untuk berbuka puasa, seperti kurma akan disediakan.

Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad, berkata:

"Keadaan Covid-19 ini memerlukan semua tenaga untuk turun padang dan bantuan pengendali dormitiri yang tampil ke hadapan untuk menangani cabaran sewaktu keadaan sulit ini amat dihargai."

"Kami berharap mereka terus memberi sokongan sedang kami mengutamakan kebajikan pekerja asing kita," tambah Encik Zaqy.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg