Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengerusi baru bagi Majlis Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja mulai 1 April

Mar 31, 2023 | 7:45 PM
Abu Bakar Mohd Nor
Abu Bakar Mohd Nor - WSH

PENGERUSI Kumpulan M Kapital Holdings, Encik Abu Bakar Mohd Nor, dilantik sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja (WSH) mulai Sabtu. (1 Apr) Beliau yang juga penerima Anugerah Jauhari Berita Harian 2017 telah dilantik ke majlis tersebut pada April 2018 dan telah berkhidmat sebagai timbalan pengerusinya sejak itu. Dalam satu kenyataan pada Jumaat, WSH menyatakan Encik Abu Bakar menggantikan Pengerusi Majlis WSH, Encik John Ng, 63 tahun, yang bersara selepas memegang jawatan itu selama enam tahun. Mengenai pertukaran kepimpinan, Encik Abu Bakar berkata ini adalah "tempoh penting" buat WSH, sambil menambah bahawa memimpin majlis itu adalah "tanggungjawab dan keistimewaan yang penting". "Saya akan membina kerja baik pengerusi John dalam tempoh enam tahun yang lalu dan berharap dapat bekerja rapat dengan anggota majlis lain, pihak berkepentingan dan rakan kongsi industri sedang kami menuju ke arah matlamat WSH2028 kami." Matlamat WSH2028 termasuk mengurangkan kadar kematian dalam kalangan pekerja di Singapura kepada di bawah satu bagi setiap 100,000 pekerja menjelang 2028. Selain itu, kenyataan WSH itu juga mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan di Singapore Post Limited, Encik Vincent Phang, dilantik sebagai timbalan pengerusi WSH. Encik Phang telah menganggotai majlis berkenaan sejak April 2020 dan juga ahli Jawatankuasa Eksekutif Majlis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg