Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengerusi baru Lembaga HDB

Apr 1, 2023 | 5:30 AM
ENCIK BENNY LIM SIANG HOE
ENCIK BENNY LIM SIANG HOE -

ENCIK Benny Lim Siang Hoe dilantik sebagai pengerusi Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mulai Sabtu, mengambil alih daripada Encik Bobby Chin Yoke Choong.

Beliau sebelum ini adalah timbalan pengerusi HDB. Pelantikan itu diumumkan HDB dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada Jumaat.

Encik Chin, 72 tahun, telah berkhidmat sebagai pengerusi HDB sejak 2016.

Mengulas mengenai masanya sebagai pengerusi HDB, Encik Chin menyebutnya sebagai "satu penghormatan untuk berkhidmat" dan "menyumbang kepada kisah kejayaan perumahan awam Singapura".

Encik Lim, 67 tahun, kini pengerusi Lembaga Taman Negara, pula berkata:

"Kepimpinan dan sokongan padu Encik Chin terhadap misi perumahan awam HDB membolehkannya mengatasi cabaran beberapa tahun lalu dan muncul lebih kukuh sebagai satu pertubuhan hari ini."

"Saya berharap dapat bekerjasama dengan anggota lembaga dan pasukan eksekutif HDB, untuk terus melaksanakan misi HDB untuk menyediakan perumahan yang dimampui, bermutu dan sekitaran kehidupan yang hebat dengan masyarakat berkembang maju."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg