Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengerusi SMRT terima Anugerah Pencapaian Kejuruteraan Sepanjang Hayat

Jan 19, 2023 | 5:30 AM
DIBERI PENGIKTIRAFAN: Encik Seah (tengah) menerima anugerah di majlis makan malam sempena ulang tahun ke-56 IES di Marina Bay Sands kelmarin. Beliau bersama Presiden IES, Encik Dalson Chung dan Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu. - Foto BH oleh JASON QUAH
DIBERI PENGIKTIRAFAN: Encik Seah (tengah) menerima anugerah di majlis makan malam sempena ulang tahun ke-56 IES di Marina Bay Sands kelmarin. Beliau bersama Presiden IES, Encik Dalson Chung dan Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu. - Foto BH oleh JASON QUAH -

PENGERUSI SMRT, Encik Seah Moon Ming, telah diiktiraf dengan Anugerah Pencapaian Kejuruteraan Sepanjang Hayat oleh Institusi Jurutera Singapura (IES) kelmarin.

Sewaktu tempoh beliau memegang jawatan sebagai presiden ST Electronics, beliau mencabar jurutera untuk berfikir di luar kotak dengan mengetepikan dana sebanyak $2 juta secara tahunan agar menggalakkan idea dan mendorong kakitangan untuk bereksperimen.

Beliau merupakan antara jurutera penting yang diiktiraf atas pencapaian mereka di majlis makan malam ulang tahun ke-56 IES yang diadakan di Marina Bay Sands.

Dalam ucapannya, Encik Seah berkata ia cabaran yang menggunung untuk memikat anak muda agar mempelajari kejuruteraan.

Beliau, yang sudah menjadi penasihat IES selama 15 tahun, berkata cabaran utama adalah untuk mempromosikan kerjaya kejuruteraan sebagai kerjaya menarik buat mereka.

Kelmarin, IES juga melancarkan pelan untuk memajukan kemampanan di sini menjelang 2030, lantas menjadikan kejuruteraan di Singapura lebih hijau.

Badan profesional itu berkata ia berharap dapat membangunkan huraian kemampanan dengan kerjasama lebih 30 pertubuhan rakan dan pemerintah, lapor akhbar The Straits Times.

Singapura merancang untuk mengurangkan pengeluaran karbon kepada 60 juta tan menjelang 2030 dan mencapai pengeluaran sifar bersih menjelang 2050.

IES akan mengkaji jejak karbonnya dan bekerjasama dengan Enterprise Singapore untuk membangunkan piawaian serta latihan agar mengurangkan pengeluaran sedemikian.

Turut dilancarkan di bawah pelan itu adalah kursus bagi jurutera untuk menimba kemahiran dalam ekonomi hijau, seperti kursus latihan dalam teknologi fotovoltaik solar.

Lebih 7,000 ahli persatuan itu dan orang awam dijangka meraih manfaat daripada peluang meningkatkan kemahiran ini.

Tumpuan segera bagi sumber kemahiran pekerjaan adalah menerusi peranan kejuruteraan yang memuncul dan sedia ada dalam tenaga boleh diperbaharui, bangunan hijau dan mobiliti, kata SkillsFuture Singapore dalam satu kenyataan kelmarin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg