Pengetua 'mesra alam' mahu bantu murid peka isu alam sekitar
Premium
Pengetua 'mesra alam' mahu bantu murid peka isu alam sekitar
Bantu Sekolah Rendah Punggol terima Anugerah Vanda Miss Joaquim - anugerah tertinggi Majlis Sekitaran Singapura
Dec 28, 2019 | 5:30 AM
PENGETUA BERWAWASAN: Pengetua baru Sekolah Rendah Punggol Green, Encik Hanafi Asmore, mahu melahirkan pelajar holistik dan peka tentang perubahan iklim. - Foto BH oleh ONG WEE JIN -
DEMI meningkatkan kesedaran murid tentang peri pentingnya menyelamatkan bumi, pengetua sekolah rendah, Encik Hanafi Asmore pernah 'menggantung' kurikulum sebahagian muridnya selama hampir tiga minggu.
Sebaliknya, jadual yang dikosongkan itu diisi dengan pembelajaran berdasarkan masalah yang mencabar murid memikirkan cara-cara inovatif untuk memelihara alam sekitar.

