Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penggal sekolah 2024 mula 2 Jan, berperingkat bagi tadika, sekolah rendah

Aug 7, 2023 | 4:53 PM
BUKA SEKOLAH: Murid Tadika 2 dan Darjah 2 hingga 6 akan melaporkan diri ke sekolah pada 3 Jan.
BUKA SEKOLAH: Murid Tadika 2 dan Darjah 2 hingga 6 akan melaporkan diri ke sekolah pada 3 Jan. - Foto fail ST

Murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah akan terus memulakan tahun akademik 2024 secara berperingkat.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Kementerian Pendidikan (MOE) berkata murid tadika satu dan darjah satu serta sekolah menengah akan memulakan sekolah pada 2 Januari.

Murid tadika dua dan darjah dua hingga enam akan melaporkan diri pada 3 Januari.

Aturan berperingkat ini diperkenal pada 2021 untuk melindungi komuniti sekolah semasa pandemik Covid-19.

Sejak itu, ia diteruskan untuk membantu memudahkan murid lebih muda menyesuaikan diri dalam persekitaran sekolah yang baru pada hari pertama mereka di sekolah.

Bagi pelajar maktab rendah (JC) dan Institut Milennia (MI) tahun pertama, sekolah bermula pada 2 Februari. Pelajar JC tahun dua dan MI tahun kedua dan ketiga akan memulakan tahun akademik pada 8 Januari.

Hari terakhir sekolah untuk kebanyakan murid tadika MOE, sekolah rendah dan menengah ialah 15 November.

Sekolah yang akan digunakan sebagai tempat mengendalikan peperiksaan bertulis GCE peringkat ‘O’ akan menamatkan tahun akademik lebih awal, pada 25 Oktober.

Penggal bagi pelajar JC dan pelajar MI tahun pertama dan kedua akan berakhir pada 22 November.

Cuti sekolah termasuk Hari Belia (1 Julai) dan Hari Guru (30 Ogos).

Murid tadika MOE akan menyambut Hari Kanak-Kanak pada 4 Oktober.

Pelajar akan juga mendapat cuti sehari pada hari keempat Tahun Baru Cina, yang jatuh pada 13 Februari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg