Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penggantungan lawatan ke rumah jagaan warga emas dilanjut hingga 24 Oktober

Oct 6, 2021 | 5:30 AM
DILANJUTKAN: MOH akan lanjutkan penggantungan semua lawatan secara langsung ke semua rumah penjagaan warga emas hingga 24 Oktober ini. - Foto fail
DILANJUTKAN: MOH akan lanjutkan penggantungan semua lawatan secara langsung ke semua rumah penjagaan warga emas hingga 24 Oktober ini. - Foto fail -

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) akan melanjutkan penggantungan semua lawatan secara langsung ke semua rumah penjagaan warga emas hingga 24 Oktober ini.

Pengumuman ini menyusuli keadaan bilangan kes Covid-19 yang semakin meningkat di kalangan kakitangan dan penghuni, serta timbulnya beberapa kelompok baru di rumah jagaan selama dua minggu ini.

Ini selaras dengan Fasa Penstabilan dan akan mengurangkan risiko penularan kes Covid-19 dalam masyarakat ke rumah jagaan, kata MOH semalam.

"Lanjutan penggantungan lawatan akan memberi lebih masa untuk warga tua kami di rumah penjagaan menerima vaksin serta suntikan penggalak," tambah MOH.

Sebelum ini, MOH telah menggantung lawatan sejak 12 September hingga 11 Oktober selepas 42 kes jangkitan Covid-19 di 18 kemudahan atau penyedia penjagaan warga emas dalam tempoh dua minggu sebelumnya.

Selain itu, MOH menggesa waris kepada pesakit yang belum divaksin, supaya menyokong dan menggalak keluarga mereka untuk mendapatkan vaksin.

"Warga emas yang belum divaksin lebih berkemungkinan mengalami penyakit teruk sekiranya dijangkiti.

"Ia juga penting bagi warga tua yang sudah menerima vaksin, untuk menerima suntikan penggalak dengan segera bagi mereka yang layak.

"Ini untuk memastikan tahap imuniti dan perlindungan dari penyakit yang teruk," kata MOH dalam kenyataannya.

"Untuk memastikan warga emas masih tetap boleh menghubungi keluarga tersayang, rumah jagaan akan terus menawarkan khidmat telefon atau panggilan video sebagai alternatif kepada lawatan.

"Kami akan memerhatikan keadaan dalam beberapa minggu akan datang dan akan mengkaji semula penggantungan lawatan ini, sewajarnya.

"Kami meminta kefahaman dan kerjasama semua rakyat Singapura untuk meneruskan pendekatan yang kami laksanakan untuk melindungi warga tua kita," tambah MOH.

Menurut MOH, rumah penjagaan MWS Christalite Methodist adalah antara kelompok aktif di Singapura yang masih dipantau.

Kelompok itu melaporkan dua kes baru dan menjadikan jumlah keseluruhannya ke 53 kes.

Tiga antaranya adalah kakitangan dan 50 adalah penduduk rumah jagaan itu.

Kes jangkitan baru telah dikuarantin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg