Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penggiat boleh 'terbang' dron, pesawat di Takungan Air Pandan tanpa permit

Jul 18, 2022 | 5:30 AM
LEBIH SELESA: Encik Iswaran (tengah) sempat melihat salah sebuah dron semasa di kawasan lapang dekat Takungan Air Pandan yang lebih luas dan selesa untuk para penggemar kegiatan tersebut. - Foto BH oleh GIN TAY
LEBIH SELESA: Encik Iswaran (tengah) sempat melihat salah sebuah dron semasa di kawasan lapang dekat Takungan Air Pandan yang lebih luas dan selesa untuk para penggemar kegiatan tersebut. - Foto BH oleh GIN TAY -

PENGGIAT pesawat tanpa juruterbang boleh menerbangkan dron mereka, tanpa perlu memohon permit kegiatan, di kawasan khas di Takungan Air Pandan.

Kawasan terbang seluas 16 hektar itu bertujuan untuk menyediakan ruang bagi penggemar kegiatan tersebut sambil memastikan keselamatan awam dan penerbangan dipelihara, kata Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, semasa majlis pelancaran kawasan itu semalam.

Selain dron, contoh pesawat sedemikian termasuk pesawat yang dikawal radio dan layang-layang yang dikawal secara elektronik.

"Terdapat minat yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat penggemar pesawat tanpa juruterbang di Singapura dan kami melihat kegiatan riadah ini meningkat dengan banyak.

"Justeru, ruang terbang yang selamat bagi penerbangan dan orang ramai adalah pertimbangan penting bagi kami, lebih-lebih lagi di Singapura, di mana sekitarannya agak padat," ujar Encik Iswaran, sambil menarik perhatian pendaftaran bagi pesawat tanpa juruterbang di Singapura telah meningkat empat kali ganda.

Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dalam satu kenyataannya pula berkata kawasan tersebut menyediakan ruang masyarakat bagi para peminat pesawat tanpa juruterbang untuk berkumpul dan berinteraksi.

Tempat itu dilengkapi dengan kemudahan asas seperti meja dan bangku, serta bakal menjadi lokasi bagi program dan bengkel untuk mendekati orang ramai yang berminat dengan kegiatan pesawat tanpa juruterbang mengenai amalan selamat dan bertanggungjawab.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg