Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Penggiat seni kurang upaya terima anugerah, dambakan bina masyarakat inklusif

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penggiat seni kurang upaya terima anugerah, dambakan bina masyarakat inklusif

Dec 11, 2023 | 07:25 PM



Cik Shariffah Faaiqah Syed Abdullah Alkaff pernah mengalami pengalaman kurang enak semasa menggunakan bahasa isyarat ketika beliau masih kanak-kanak.

“Apabila saya berusia dalam lingkungan 10-13 tahun, saya pernah keluar dengan teman-teman saya dan kami menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi. Ada yang memandang serong terhadap kami dan mempersendakan kami dengan meniru gaya kami berbahasa isyarat. Saya berasa malu dan menyuruh teman-teman saya berhenti,” kongsi Cik Faaiqah.

Namun, semangatnya yang tinggi dan ketekunan beliau membawanya ke pentas Anugerah Pengupaya Goh Chok Tong (GCTEA) pada 11 Disember di Istana.

Kini berusia 22 tahun, Cik Faaiqah bangga dengan identitinya dan memilih untuk menggunakan istilah ‘pekak’ untuk menggambarkan keadaannya.

Walaupun menghadapi cabaran dan pandangan kurang sensitif masyarakat tentang golongan pekak, beliau bertekad untuk menjadi teladan kepada kanak-kanak lain yang senasib dengannya.

Cik Faaiqah juga seorang penggiat seni yang aktif dan telah menyertai pelbagai festival di seluruh dunia seperti Asean Festival of Disabled Artistes, Deaf Fest dan True Colours Asia Pacific Festival of Artistes with Disabilities. Beliau juga mengendalikan sesi bercerita menggunakan bahasa isyarat Singapura (SgSL) Tales of Sang Kancil bersama Taman Warisan Melayu, dan Start Small, Dream Big bersama Lembaga Perpustakaan Negara.


“Saya belajar bahawa saya harus berani untuk meminta bantuan walaupun adakalanya mereka tidak dapat memenuhi permintaan saya,” ungkap Cik Faaiqah kepada Berita Harian (BH).


Pelajar pekak pertama dalam jurusan Pengurusan Seni dan Teater di Politeknik Republic, Cik Faaiqah turut mengamati peningkatan jumlah orang pekak yang melangkah ke alam pendidikan tinggi dan yakin bahawa mereka mampu memilih jurusan tanpa sekatan.

“Di sekolah menengah saya selalu lihat pelajar lain menerima anugerah untuk peranan kepimpinan. Kini, giliran saya pula,” kongsinya apabila ditanya tentang kejayaannya itu.

Presiden Tharman Shanmugaratnam menyampaikan dua jenis anugerah kepada 14 individu semasa GCTEA yang berlangsung di Istana.

Anugerah Pencapaian meraikan golongan kurang upaya yang telah berjaya dalam bidang masing-masing dan menjadi inspirasi kepada orang lain manakala Anugerah Janji diberikan kepada 10 individu yang telah menunjukkan potensi dan berkhidmat kepada masyarakat.

Encik Tharman berkata: “Semua penerima anugerah merupakan pemimpin teladan. Sama ada sebagai sukarelawan atau pembimbing, mereka telah memupuk inspirasi di sekeliling mereka”.

Dana Enable Goh Chok Tong (GCTEF) adalah dana masyarakat yang membolehkan golongan kurang upaya menyumbang secara aktif kepada masyarakat. Dana ini disokong oleh Mediacorp dengan Menteri Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong, sebagai penaung GCTEF dan ditadbir oleh SG Enable.

Untuk sokongan terhadap golongan kurang upaya melalui GCTEF, sila layari GCTEnableFund.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >