Penggiat seni luah keprihatinan cabaran hadapi pandemik
Sep 11, 2021 | 5:30 AM
- Foto BH -
MESKIPUN lebih ramai penggiat seni yang kini semakin terbiasa dengan norma baru pascapandemik, kebanyakannya masih menaruh harapan supaya keadaan kembali pulih agar dapat meneruskan acara seni secara fizikal sepertimana yang diadakan sebelum ini.
Mereka meluahkan demikian semasa dialog anjuran Berita Harian melibatkan lapan penggiat seni pelbagai latar belakang semalam.
Dialog dalam talian tersebut disertai (barisan atas, paling kiri) Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim dan (barisan atas, dua dari kiri) Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.

