Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penggiat sukan singsing lengan, 'turun padang'

Feb 11, 2023 | 5:30 AM
HULUR BANTUAN: Seramai 80 relawan Team Nila Majlis Sukan Singapura membantu menyusun barangan yang disumbangkan orang ramai kepada Kedutaan Turkey di Singapura untuk mangsa gempa bumi di Turkey dan Syria. - Foto MAJLIS SUKAN SINGAPURA
HULUR BANTUAN: Seramai 80 relawan Team Nila Majlis Sukan Singapura membantu menyusun barangan yang disumbangkan orang ramai kepada Kedutaan Turkey di Singapura untuk mangsa gempa bumi di Turkey dan Syria. - Foto MAJLIS SUKAN SINGAPURA -

PARA relawan Team Nila Majlis Sukan Singapura "turun padang" ke Kedutaan Turkey di Singapura sejak semalam untuk turut menggembleng tenaga bagi usaha bantuan mangsa gempa bumi di Turkey dan Syria.

Selama dua hari, dari 10 pagi hingga 10 malam, kumpulan 80 anggota relawan daripada fraterniti sukan setempat itu bergilir-gilir ditugaskan menyusun dan membungkus barangan yang disumbangkan orang ramai.

Awal minggu ini, Kedutaan Turkey di sini telah menyeru derma untuk barangan seperti pakaian musim sejuk dewasa dan kanak-kanak serta bekalan seperti khemah, selimut dan lampin.

Sambutan bagi sumbangan itu memberangsangkan, kata kedutaan tersebut dalam posnya di Facebook kelmarin, dengan penerimaan derma telah dihentikan sementara sehingga notis lanjut.

Ia merancang untuk menghantar sumbangan itu ke Turkey dan Syria pada Isnin ini.

Angka kematian gegaran magnitud 7.8 pada Isnin lalu, yang melanda Turkey dan wilayah barat laut jirannya Syria, meningkat kepada sekitar 22,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg