Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penggodam mungkin curi 79,400 data pengguna MyRepublic

Sep 10, 2021 | 5:05 PM
KECURIAN DATA: Penggodam dikatakan telah dapat mencuri data peribadi pelanggan MyRepublic, syarikat penyedia khidmat telekomunikasi di sini.
KECURIAN DATA: Penggodam dikatakan telah dapat mencuri data peribadi pelanggan MyRepublic, syarikat penyedia khidmat telekomunikasi di sini. - AFP

DATA peribadi hampir 79,400 pelanggan syarikat telekomunikasi MyRepublic berpotensi diakses penggodam, menurut syarika titu hari ini.

Ia merupakan insiden terbaharu dalam satu siri serangan siber dalam masa beberapa bulan kebelakangan ini.

Butiran yang dicuri adalah identiti pengesahan dokumen berkaitan dengan permohonan pelanggan bagi perkhidmatan mudah alih.

MyRepublic berkata, penggodam mungkin mendapat akses data termasuk salinan kedua-dua bahagian kad pengenalan milik warga dan Penduduk Tetap Singapura dan data peribadi pemegang pas kerja dan ahli keluarga mereka.

Maklumat kad pengenalan mengandungi nama, tarikh lahir dan alamat rumah. Nombor kad pengenalan boleh digunakan bagi memasuki laman rasmi.

Bagi warga asing yang melanggani MyRepublic, penggodam mungkin telah mengambil dokumen seperti salinan bil api air yang mengesahkan alamat kediaman mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg