Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengguna iPhone berkaitan sistem operasi terkini digesa mengisi patch keselamatan baru

Sep 14, 2022 | 8:13 PM
Agensi Keselamatan Siber berkata ia belum menerima sebarang laporan tentang alat-alat yang digodam di Singapura akibat masalah itu.
Agensi Keselamatan Siber berkata ia belum menerima sebarang laporan tentang alat-alat yang digodam di Singapura akibat masalah itu. - Foto: AFP

Para pengguna iPhone dengan sistem operasi terkini telah digesa pihak berkuasa agar mengisi satu sofwe yang dikemaskini yang membaiki kerentanan keselamatan kritikal.

Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) hari ini berkata bahawa kerentanan itu boleh membenarkan penggodam untuk menggodam telefon bimbit bijak bagi 1OS 16 menggunakan perisian hasad atau malwe.

Ia menekankan bahawa syarikat Apple telah mengeluarkan satu patch Isnin lalu (12 September) untuk membaiki masalah itu.

Jenis iPhone 8 dan model-model selepas itu yang terjejas.

CSA memberitahu akhbar The Straits Times (ST) bahawa ia belum menerima sebarang laporan tentang alat di Singapura yang digodam menyusuli masalah itu.

Akhbar ST difahamkan bahawa syarikat Apple mengeluarkan iOS 16 untuk dimuat turun Isnin lalu, dan tidak berkemungkinan bahawa kebanyakan pemilik iPhone di sini telah mengemas kini alat-alat mereka.

Dalam kemas kini keselamatan yang dicatat pada lamannya Isnin lalu, syarikat Apple berkata alat-alat pada iOS 15.7 dan iPad OS 15.7, serta pengguna beberapa komputer Mac, juga terjejas dengan kerentanan itu.

Syarikat itu berkata penggodam mungkin akan mengambil kesempatan di atas masalah itu, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg