Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengguna PayLah di kedai kejiranan boleh terima cashback sehingga $3 pada Sabtu, sehingga akhir 2024

Jul 28, 2024 | 2:30 PM
0727WFL POSB launches “Support Our Heartlands” initiative, offering over two million cashback rewards, discounts to help consumers save more and support small businesses
0727WFL POSB launches “Support Our Heartlands” initiative, offering over two million cashback rewards, discounts to help consumers save more and support small businesses - Foto POSB

Pengguna aplikasi (app) DBS PayLah boleh menerima cashback atau wang yang dikembalikan sehingga $3 apabila berbelanja di kedai kejiranan, pasar basah dan gerai jaja makanan tertentu setiap Sabtu dari 1 Ogos hingga 31 Disember.

Sejumlah 75,000 pengguna pertama yang menggunakan app itu pada hari-hari Sabtu semasa membuat bayaran di lebih 22,000 kedai di estet perumahan, akan menerima cashback itu.

Ini adalah sebahagian inisiatif Support Our Heartlands, atau Sokongan Kejiranan Kita, oleh POSB.

Kedai dan gerai yang menyertai inisiatif ini akan menayangkan pelekat bulan dengan frasa POSB Support Our Heartland Shops.

Gerai jaja makanan yang mengambil bahagian pula akan menunjukkan pelekat PayLah Scan to Pay.

Selain itu, pelanggan pasaraya Sheng Siong boleh mendapat diskaun $3 apabila membeli telur atau beras, jika mereka membuat bayaran menggunakan kad debit atau kredit POSB.

Inisiatif ini diumumkan di sebuah acara kemasyarakatan di Pusat Beli-Belah Teck Whye pada 27 Julai

Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong telah menunjukkan cara-cara membuat bayaran menggunakan app itu di sebuah kedai roti dan beramah-mesra dengan penduduk

Inisiatif itu melanjutkan skim 5 Million Hawker Meals oleh DBS, di mana 100,000 pengguna boleh menerima cashback sehingga $3 jika mereka menggunakan app PayLah untuk membeli makanan setiap Jumaat di lebih 11,600 gerai. 

Skim itu, yang dilancarkan pada Februari 2023, berakhir pada 26 Julai 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg