Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengguna Twitter didakwa atas perbuatan ganggu keharmonian kaum

Jul 2, 2020 | 4:44 PM
Zainal dituduh menulis pos yang menyatakan pencapaian akademik pelajar Melayu tidak setanding pencapaian pelajar Cina. - FOTO: WONG KWAI CHOW
Zainal dituduh menulis pos yang menyatakan pencapaian akademik pelajar Melayu tidak setanding pencapaian pelajar Cina. - FOTO: WONG KWAI CHOW -

SEORANG lelaki warga Singapura yang menggunakan nama Twitter 'SharonLiew86' dan menerbitkan pesanan menghina kaum lain di platform media sosial itu telah didakwa di mahkamah pada Khamis (2 Julai).

Zainal Abidin Shaiful Bahari, 34 tahun, dikenakan empat tuduhan melakukan perbuatan yang bercanggah dengan keharmonian kaum.

Zainal dituduh menulis pos yang menyatakan pencapaian akademik pelajar Melayu tidak setanding pencapaian pelajar Cina.

Beliau juga dikatakan menggunakan perkataan berbaur perkauman semasa merujuk kepada kaum India dalam dua pos di sosial media pada 25 Mac dan 17 April tahun ini.

Beliau juga, dalam pos keempat pada 18 April, dituduh mempersendakan 'pottu', titik yang ditandakan di dahi penganut Hindu.

Dalam kenyataannya kelmarin, polis berkata ia menerima laporan pada 18 April mengenai pos dengan kata-kata hinaan terhadap pekerja asing dari India yang diterbitkan oleh pengguna Twitter yang menggelar dirinya sebagai @SharonLiew86.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg