Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penghantar GrabFood ditangkap polis

Jun 29, 2019 | 6:03 PM
DIDAKWA CURI KASUT: Satu video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan seorang penghantar GrabFood mengambil sepasang kasut dan memasukkannya ke dalam begnya sebelum pergi.
DIDAKWA CURI KASUT: Satu video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan seorang penghantar GrabFood mengambil sepasang kasut dan memasukkannya ke dalam begnya sebelum pergi. - Foto FACEBOOK

SEORANG penghantar GrabFood telah ditangkap polis kerana didakwa mencuri sepasang kasut di luar flat pelanggan.

Polis berkata mereka dimaklumkan tentang kejadian curi di luar flat di Keat Hong Close di Choa Chu Kang itu pada 9 malam Khamis lalu (27 Jun).

Menerusi siasatan dan imej daripada kamera polis serta kamera litar tertutup (CCTV), pegawai Divisyen Polis Jurong berjaya menangkap suspek lelaki berusia 27 tahun itu semalam (28 Jun).

Satu video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan seorang penghantar GrabFood mengambil sepasang kasut dan memasukkannya ke dalam beg GrabFood yang dibawanya sebelum pergi dari tempat kejadian dengan menaiki alat mobiliti peribadinya (PMD).

Polis sedang menyiasat kes ini.

Jika sabit kesalahan, lelaki itu boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg