Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penghantar makanan GrabFood curi tuala di luar flat HDB

Jul 3, 2019 | 4:04 PM
Seorang penghantar makanan GrabFood dirakam mencuri tuala di luar flat HDB. FOTO: TANGKAP LAYAR DARI YOUTUBE
Seorang penghantar makanan GrabFood dirakam mencuri tuala di luar flat HDB. FOTO: TANGKAP LAYAR DARI YOUTUBE -

PERBUATAN seorang penghantar makanan GrabFood yang mencuri tuala yang dijemur di luar sebuah flat HDB telah dirakam dalam video yang disebarkan di Internet.

Ini kurang seminggu selepas insiden serupa berlaku di mana seorang lagi penghantar makanan GrabFood mencuri kasut.

"Grab menolok kelakuan sebegitu dan akan melarang rakan kongsi penghantaran yang didapati bersalah," kata seorang jurucakap Grab.

Menurut laporan The Straits Times, dalam video berjudul "Grabfood #grabtowel" yang dikongsi oleh pengguna YouTube Muhd Ismail, seorang lelaki yang memakai baju hijau GrabFood dilihat berjalan di koridor HDB.

Dia kemudian berhenti di sebelah rak jemuran baju, melihat di sekelilingnya sebelum mengambil tuala biru dan berjalan ke arah lif flat itu.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar 1.30 pagi semalam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg