Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penghargaan buat semua pekerja sempena Hari Pekerja

May 1, 2020 | 9:26 PM
Gain City mengumpulkan 800 gambar pekerjanya dengan bendera Singapura sebagai penghargaan sempena Hari Pekerja.
Gain City mengumpulkan 800 gambar pekerjanya dengan bendera Singapura sebagai penghargaan sempena Hari Pekerja. - FOTO GAIN CITY

MENTERI dan kumpulan yang memperjuang nasib pekerja asing di sini memberi penghormatan kepada sumbangan pekerja asing sempena Hari Pekerja hari ini (1 Mei). Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo mengucapkan terima kasih atas sumbangan mereka kepada Singapura menerusi satu video yang dimuat naik ke laman Facebook beliau semalam. Sementara itu, Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong turut merakam penghargaan bagi golongan pekerja ini. Sedang pekerja asing yang tinggal di asrama terus membentuk sebahagian besar kes baru jangkitan Covid-19 di sini, pemimpin negara ini telah memberi jaminan akan terus menjaga keperluan kesihatan mereka dan keperluan lain. Agensi pemerintah juga sedang bekerjasama dengan badan bukan pemerintah untuk memenuhi keperluan mereka pada masa yang sukar ini. Pusat Pekerja Asing (MWC) turut memuat naik video dengan pelbagai kata-kata semangat sebagai penghargaan buat pekerja asing di sini menerusi laman Facebook mereka. Malah, restoran Pizza Hut juga telah mendermakan 3,000 piza kepada pekerja asing yang terjejas dek pandemik Covid-19 itu. Beberapa pertubuhan dan syarikat di sini turut mengiktiraf pekerja mereka sempena Hari Pekerja hari ini. Syarikat elektronik Gain City misalnya mengumpulkan 800 gambar pekerjanya dengan bendera Singapura. Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR) pula menghasilkan sebuah video sebagai penghargaan kepada pekerja di barisan depan.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg