PEMIMPIN dan wakil dari beberapa pertubuhan Melayu/Islam (MMO) di Singapura berhimpun semalam dalam satu jamuan tengah hari di Restoran Bumbu bagi memberi penghargaan kepada bekas Ketua Eksekutif Muis, Haji Abdul Razak Hassan Maricar yang baru-baru ini bersara.

Mereka tampil bagi memberi pengiktirafan kepada Haji Abdul Razak, yang mengundur diri pada 1 Januari lalu selepas empat dekad dalam perkhidmatan awam.