Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengimport kereta SG Vehicles diarah mahkamah henti amalan dagang tidak adil

Apr 19, 2019 | 1:37 PM
AMALAN DAGANG TIDAK ADIL: CCCS berkata SG Vehicles tidak menyangkal siasatannya terhadap aduan yang diterima berhubung amalan dagang tidak adil.
AMALAN DAGANG TIDAK ADIL: CCCS berkata SG Vehicles tidak menyangkal siasatannya terhadap aduan yang diterima berhubung amalan dagang tidak adil. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

SYARIKAT pengimport kereta SG Vehicles dan pengarahnya menerima perintah mahkamah untuk menghentikan amalan perdagangan tidak adil semalam (18 April).

Ini menyusuli langkah Suruhanjaya Persaingan dan Pelanggan Singapura (CCCS) memfailkan permohonan injunksi (amaran) terhadap mereka pada Disember 2017.

Perintah yang berkuat kuasa semalam itu dikenakan selepas syarikat itu menerima banyak aduan daripada pengguna sejak 2015.

Menerusi satu kenyataan hari ini, CCCS berkata SG Vehicles tidak menyangkal siasatan mereka terhadap aduan yang diterima yang membuktikan terdapat amalan perdagangan tidak adil di bawah Akta Perlindungan Pengguna (Dagangan Adil) (CPFTA).

Pengguna antara lain mendakwa SG Vehicles memberikan gambaran yang salah tentang terma dan syarat perjanjian penjualan, terutamanya dari segi tarikh penghantaran kereta yang ditempah serta bidaan bagi Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg