Pengorbanan jaga adik lepas ayah ditimpa kemalangan tidak sesia
Premium
Pengorbanan jaga adik lepas ayah ditimpa kemalangan tidak sesia
Jan 13, 2018 | 5:30 AM

LUQMAN AL-HAKIM MOHD NAJIB MOHIDU: Meraih markah baik dalam peperiksaan GCE 'O' dengan mendapat agregat 11 bagi L1R4. - Foto MUIS -
SELAMA seminggu apabila bapanya dirawat di hospital akibat kemalangan basikal, pelajar Luqman Al-Hakim Mohd Najib Mohidu, 16 tahun, perlu menjadi ketua dan "menggagahkan" diri menjaga lima adik-beradiknya yang lain.
Ibunya, seorang guru sekolah rendah, Cik Nani Rhiani Mohd Taib, terpaksa berulang-alik ke hospital bagi menguruskan suaminya, juga seorang guru sekolah rendah, Encik Mohd Najib Mohidu Kunyalee, yang ketika itu mengalami kecederaan teruk di kepala.

