PENGUNJUNG daripada lebih banyak negara akan dibenarkan menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di tempat tinggal mereka setibanya di Singapura mulai 4 November.
Dalam satu kenyataan pada Selasa petang (27 Oktober), Kementerian Kesihatan (MOH) menjelaskan negara-negara yang termasuk dalam senarai itu adalah Estonia, Fiji, Finland, Jepun, Norway, Korea Selatan, Sri Lanka, Thailand dan Turkey.
Pengunjung daripada negara-negara ini boleh memohon untuk dikecualikan daripada menjalani SHN di kemudahan khusus mulai 2 November.
Bagaimanapun, mereka mesti memenuhi kriteria tertentu seperti tidak berkunjung ke negara lain selain negara yang disebut dalam senarai dalam tempoh 14 hari sebelum memasuki Singapura.
Mereka mesti menetap di tempat tinggal itu seorang diri atau bersama anggota isi rumah yang turut menjalani SHN dan memiliki sejarah perjalanan dan tempoh perjalanan yang sama.
MOH menambah, mulai 1 Januari 2021, pemerintah tidak akan lagi membiaya kos menetap di kemudahan SHN khusus buat warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) yang kali terakhir meninggalkan Singapura sebelum 27 Mac.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg